V69
Tok Penghulu tentulah Abg Azhar so segala hal boleh lah rujuk kepada beliau.... TERUSSSSSS

Join the forum, it's quick and easy

V69
Tok Penghulu tentulah Abg Azhar so segala hal boleh lah rujuk kepada beliau.... TERUSSSSSS
V69
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
CallSign
Check : By:
MCMC (Malaysia) Apparatus Assignments
9m4rpk
Status: ONLINE [STREAM]
Listener: 1 / 32 (1 Unique)

Nasihat-nasihat dan Masalah-masalah Penting Jemaah Haji:

Go down

Nasihat-nasihat dan Masalah-masalah Penting Jemaah Haji: Empty Nasihat-nasihat dan Masalah-masalah Penting Jemaah Haji:

Post  9w2tki Thu May 06, 2010 11:08 pm

Nasihat-nasihat dan Masalah-masalah Penting Jemaah Haji:
Nasihat Umum : Nasihat Di Dalam Tawaf : Nasihat Pada Hari Arafah :

Nasihat Di Mina
:

Nasihat Di Madinah

Nasihat Umum:

1. Mengelakkan diri dari berhutang untuk mengerjakan ibadat Haji kerana tindakan sedemikian adalah salah memandangkan Haji tidak diwajibkan melainkan kepada orang-orang yang berkemampuan untuk mengerjakannya sahaja.
2. Cuba berusaha mempelajari ibadat ini supaya tidak mendedahkan diri anda ke dalam perkara yang boleh merosakkan pekerjaan anda atau mengurangkan pahala anda dalam keadaan anda tidak sedar.
3. Cuba berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w mengikut kemampuan anda dan keadaan anda.
4. Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa mengikut mazhab adalah merupakan suatu kemestian di dalam Haji dan jangan cuba untuk membebankan diri anda lebih dari kemampuan anda kerana (Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya).
5. Cuba berusaha untuk mengelakkan diri anda dari memerhati manusia dan tumpukan kepada pekerjaan anda dan cara melakukan ibadat anda, kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan anda terlihat sesuatu yang boleh jadi perkerjaan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam adalah pelik bagi anda sedangkan perkara itu adalah disebabkan kejahilan mereka, cuba selesaikan dalam keadaan tenang dan bersabar kerana ia adalah sebahagian dari tanda kebesaran penciptaan Allah.
6. Elakkan diri anda dari melakukan maksiat dan jauhkan diri anda dari bertengkar dan berbalah.
7. Elakkan diri anda dari bersesak dengan manusia serta menyakiti mereka di dalam Tawaf, Saie dan ibadat-ibadat yang lain.
7. Elakkan diri anda dari merempuh atau menenyeh wanita di tempat-tempat yang terlalu penuh sesak (seperti Tawaf, Saie dan di Arafah).
8. Jangan persoalkan diri anda atau orang lain tentang sebab pekerjaan sebahagian ibadat dan cuba menyerahkan diri anda kepada Allah Taala.
9. Anda hendaklah bersikap lemah lembut dengan penduduk dua tanah Haram dan jagalah diri anda supaya tidak berlaku kasar dan bengis bersama mereka kerana sesungguhnya penduduk Mekah adalah jiran Baitullah dan penduduk Madinah adalah jiran Rasulullah s.a.w.

Nasihat Di Dalam Tawaf:

1. Ketahuilah wahai saudaraku bahawa Tawaf adalah Tahiyat di Al-Haram dan ia adalah sama seperti sembahyang cuma diharuskan bercakap, oleh sebab itulah ia disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
2. Elakkan dari berdiri terlalu lama di Hajarulaswad untuk memberi isyarat kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat dahsyat.
3. Elakkan dari bersesak untuk mengucup Hajarulaswad kerana mengucupnya adalah sunat dan tidak menyakiti diri anda serta orang lain adalah wajib, malah perkara wajib lebih patut diikuti berbanding dengan perkara sunat.
4. Jemaah Haji disunatkan supaya khusyuk dan tenang di dalam tawafnya.
5. Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam tawaf adalah sunat muakkad.
6. Elakkan diri anda dari mematahkan jari-jari anda supaya mengeluarkan bunyi dan juga menyilangnya di dalam tawaf sebagaimana di dalam tawaf juga makruh makan, minum dan bercakap selain dari berzikir dan berdoa.
7. Makruh tawaf dalam keadan menahan kencing dan berak atau kentut.
8. Berhati-hati supaya melakukan tawaf melalui bahagian luar binaan Hijir Ismail, bukan melalui bahagian dalamnya kerana cara yang sedemikian bermakna jemaah Haji melakukan tawaf di sebahagian Kaabah sahaja dan tindakan itu membatalkan pusingan tawaf yang sedang dia lakukan.
9. Elakkan dari mengangkat suara di dalam tawaf kerana mengangkat suara kadangkala boleh mengganggu orang lain yang melakukan tawaf.
10. Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf kerana berlari-lari anak adalah sunat pada tiga pusingan pertama tawaf sahaja yang selepasnya disusuli dengan saie.
11. Sunat berlari-lari anak pada tiga pusingan tawaf yang pertama dan ittiba' (sopan) di dalam pusingan-pusingan yang lain yang disusuli dengan saie selepasnya.
12. Wanita tidak disunatkan berlari-lari anak di dalam tawaf begitu juga di dalam saie.
13. Elakkan dari ittiba' (sopan) ketika selawat.
14. Elakkan dari menyentuh maqam Ibramim dan menciumnya kerana perbuatan ini adalah bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga dengan berpegang pada dinding kaabah.
15. Elakkan dari terlalu berusaha untuk sembahyang di belakang maqam Ibrahim selepas tawaf ketika keadaan terlalu penuh sesak dan harus sembahyang di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam.
16. Perempuan hendaklah menjaga dirinya supaya tidak memperlihatkan rambutnya ketika bertahallul (ketika bergunting).

Nasihat Pada Hari Arafah:

1. Sentiasa memastikan untuk bertalbiah di dalam perjalanan ke Arafah.
2. Elakkan dari malas, membuang waktu serta tidak mahu lagi sibuk berdoa dan berzikir pada hari Arafah kerana Nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah.
3. Sentiasa memastikan untuk menghadap kiblat ketika berdoa sekadar termampu.
4. Berusaha untuk wuquf di dalam kawasan Arafah bukan di luarnya.
5. Jemaah Haji hendaklah mengambil perhatian bahawa di dalam masjid Namirah hanya tiga perempat sahaja yang termasuk di dalam Arafah manakala satu perempat lagi berada di luar Arafah, oleh yang demikian berhati-hatilah tentang perkara tersebut jika tidak anda akan kehilangan wuquf di Arafah menyebabkan Haji anda tidak sah.
6. Elakkan dari wuquf di Jabal Rahmah kerana tindakan itu akan menyebabkan berlaku kesesakan dan boleh menyakiti orang lain.
7. Berusaha untuk turun dari selepas tenggelam matahari, dengan demikian anda menghimpunkan di antara malam dan siang, sekiranya anda turun sebelum Maghrib maka anda diwajibkan membayar dam.
8. Jagalah diri anda supaya tidak buruk sangka pada Allah iaitu anda menyangka Allah tidak mengampunkan dosa anda kerana itu merupakan dosa pertama yang anda lakukan.

Nasihat Di Mina:

1. Anda wajib memastikan bahawa ketulan batu memang terjatuh ke tempat lontaran dan tidak melontar dengan cara yang tidak sepatutnya.
2. Elakkan dari melontar kesemua batu-batu secara serantak kerana tindakan sedemikian tidak dikira bagi jemaah Haji cuma ia dikira sebagai satu lontaran sahaja.
3. Elakkan diri anda dari melontar secara berlawanan dengan susunannya bahkah wajib dimulakan dari Sughra kemudian, Wusta seterusnya Kubra.
4. Elakkan dari melontar dengan bilangan yang lebih sedikit atau lebih banyak secara sengaja melainkan jika anda telah ragu-ragu di dalam bilangannya.
5. Jangan lupa berdoa selepas melontar di Jamrah Sughra dan Wusta kerana ia bercanggah dengan sunnah dan meluputkan diri anda dari melakukan kebaikan yang sangat besar.
6. Jangan berdoa selepas melontar di Jamrah Kubra (Jamrah Aqabah) kerana ia bercanggah dengan sunnah.

Nasihat Di Madinah Munawwarah:

1. Iltizam dengan sunnah Nabi secara baik dan menetapkannya.
2. Ketika jemaah Haji dipesan supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w oleh seseorang maka janganlah kamu berkata Assalamu'alaikum wahai Rasulullah daripada (syeikh, Haji, jurutera atau doktor si Polan) bahkan sebut sahaja namanya kerana tidak ada mana-mana kedudukan di hadapan penghulu segala Rasul s.a.w.
3. Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah adalah merupakan sebahagian dari taman-taman syurga.
4. Tidak memegang dan mencium dinding maqam.
5. Berjalan di Madinah dalam keadaan tenang, sopan serta penuh beradab kerana anda berjalan mengikut langkah Nabi s.a.w dan para sahabat.
6. Tidak sukan atau bercakap dengan kuat di mana mengangkat suara di sisi Rasulullah s.a.w boleh menggugurkan amalan soleh.
7. Tidak merokok, apabila anda merupakan perokok, berusahalah bersungguh-sungguh untuk berhenti dari merokok di tanah suci kerana tidak sedemikian merupakan perbuatan fasiq terutama di Madinah Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak beradab bersama Rasulullah s.a.w.
9w2tki
9w2tki
Admin

Posts : 77
Reputation : 0
Join date : 2009-08-20
Age : 63
Location : Setapak Indah

http://9w2tki.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum